Subscribe:

Pages

LIHATLAH KEKEJAMAN YAHUDI

Sunday, August 28, 2011

SeLAmAt HaRi RaYa MaAf ZaHiR dAn BaTiN

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


  السلام عليكم ورحمة الله




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KHUSUS PADA  SEMUA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DAN JUGA PADA SEMUA YANG BERKUNJUNG KE BLOG SAYA SAMA ADA MENJADI FOLOWER ATAU TIDAK YANG PENTING KITA TETAP ADALAH BERSAUDARA ,KERANA ALLAH S.W.T BERFIRMAN:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
 bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu
 (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah 
supaya
 kamu beroleh rahmat". 
(ayat 10)
SURAH AL-HUJURAT

MAAFKAN SAYA JIKA ADA TERGUNA BAHASA YANG KASAR  

SAYA JUGA MANUSIA BIASA YANG TIDAK LEPAS DARI 

MELAKUKAN SILAP DAN DOSA OLEH ITU MAAFKAN LA YE 

BLOGGER SEKALIAN(^_^)

AKHIR KATA

 SELAMAT HARI RAYA PADA SELURUH 

UMAT ISLAM  


JOM RAYE KENGKAWAN

Wednesday, August 24, 2011

PENGHARAMAN TAJUL MULUK... !!!(rahsia tarikh lahir itu mengarut)

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

  السلام عليكم ورحمة الله

(tajul muluk)
(mahkota bagi raja-raja)

 Sebenarnya, sejak tahun 2007 lagi JAKIM telah mengharamkan kitab ini.

 Antara ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah:Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada AllahS.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat90 yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhaladan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor(keji) dari perbuatan syaitan,oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semogakamu berjaya"

.Oleh itu , hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu tersebut memberi manfaat kepada diri di dunia dan diakhirat.Sila klik JAKIM untuk info ini.

Salam sejahtera pada semua tajuk di atas mungkin membuatkan sesetengah orang tidak berberapa setuju tapi anda harus terima kenyataan saya terlintas untuk menulis tajuk ni bila saya terjumpa satu artikal yang ditulis diblog mengenai KITAB TAJUL MULUK MENGANCAM AQIDAH kerana saya(penulis) ada memiliki kitab ini versi jawi lama yang menceritakan tentang ilmu tilik melalui tarikh lahir,bentuk kening tapak tangan,mengenali personaliti baik dan buruk seseorang dan tentang berberapa ilmu perubatan dan reka bentuk rajah  azimat-azimat yang meragukan kaedahnya dan bermacam-macam lagi.

Anda boleh merujuk disini untuk mengetahui asal usul  tajul muluk klik sini:  ( TAJUL MULUK )

petikan rahsia tarikh lahir
Wanita yang lahir pada hari khamis, merupakan wanita yang suka menyinggung hati orang lain. Cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Begitu juga dengan sifat fizikal, Wanita yang bibirnya selalu terbuka amatlah kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.


Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.(petikan tajul muluk)

Cuba bayangkan, andainya seseorang lelaki beristerikan atau bertunang dengan wanita yang lahir pada hari khamis , dan memiliki sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal seperti di atas. Bayangkan juga, si lelaki atau suami itu pula buta agama dan mandul akal. tiba- tiba si suami pula dia mempelajari kitab ini. Pasti sahaja, si suami atau si tunang itu akan mula merasa sangsi dan mencurigai isterinya itu. Keadaan akan semakin parah, andainya ditakdirkan si isteri itu memiliki sekelumit akhlak yang tidak elok seperti mana yang diramalkan oleh kitab ini. Tentu sahaja, ia akan meruntuhkan kerukunan rumah tangga yang di bina.

jangan anda buat sebarang hukum selagi anda tidak mendengar kesemua video di bawah ini
oleh ust kazim elias

Rahsia tarikh lahir itu mengarut
oleh dr .mohd asri


ust zaharuddin abd rahman

jangan melakukan kesyirikan dan bersekongkol dengan mereka yang melakukan kesyirikan sama ada dengan jalan yang jelas atau dengan jalan yang samar-samar kerana dosa syirik itu adalah dosa yang paling besar dari segala dosa ilmu menilik melalui tarikh lahir adalah salah satu daripada kesyirikan kerana allah berfirman di dalam alquran'' yang mengetahui benda didalam rahim itu adalah allah,,yang mengetahui segala yang ghaib itu ialah allah sahaja,,.

manusia tidak boleh meramal nasibnya manusia tidak boleh tahu tidak boleh di nilai melalui tarikh lahirnya melalui tahi lalatnya dan sebagainya tidak kiralah siapakah orang yang menceritakan itu sama ada dia pakar motivasi  atau ustaz sekali pon.....

sekarang ini rahsia tarikh lahir dah tersebar luas di laman web di blog di facebook dan sebagainya dan ramai orang mempercayainya dan sanggup menghabiskan beri-ribu ringgit hanya untuk memasuki kursus-kursus seperti ini dan membuatkan orang mempercayainya lagi ialah kerana mereka yang mengajar rahsia tarikh lahir ini ialah pakar motivasi dan orang-orang terkenal yang keluar di tv akhbar-akhbar dan sebagainya .

(sy tidak maksudkan pada mana2 pihak jangan salah faham)


boikot rahsia tarikh lahir supaya kita tidak bersekongkol dengan perkara syirik

akhir kata maafkan saya kalau ada pihak yang tidak bersetuju saya tetap berkata yang benar walau tidak di sukai jika ia melibatkan hukum allah ..
sekian salam ukhuwah
:)
asalamualaikum

Tuesday, August 23, 2011

JADILAH YANG ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


(ini anak soleh)
Asalamualaikum..pada semua anak-anak soleh dan solehah semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang soleh dan solehah amin dan tak lupe juga pada ayah yang soleh dan ibu yang solehah:)

(ini anak solehah)
taatilah ibu bapa,
tersebut didalam sebuah hadis''redha allah terletak pada redha kedua ibu bapa dan kemurkaan allah pada kemurkaan dua ibu bapa ,,riwayat al-hakim.

bercakap mengenai anak soleh/solehah memang ramai orang tahu dan boleh berkata tentangnya tetapi berapa ramaikah yang dapat membuktikannya jadi bagaimanakah cara membuktikan itu jom baca di bawah ini

Apakah tugas anak soleh dan solehah?
Ada 2 tugasnya:

1.sewaktu ibu bapa masih hidup :

apabila berkata rendahkan suaramu.
apabila makan bersama utamakan mereka.
apabila diperantauan selalu menghubungi tunjukkan perhatian.
bukan wang yang mengembirakan mereka tetapi perhatian anak itu pada kedua ibu bapalah mengembirakan.
jangan membantah arahan mereka selama mana arahan itu tidak melanggar arahan allah s.w.t
2.sewaktu ibu bapa sudah tiada:

langsaikan segala hutang-hutang mereka dengan allah yang belum di jelaskan seperti solat fardu 5 waktu yang mereka tingalkan,puasa ramadhan yang mereka luputkan,zakat mereka yang masih belum dibayar,kerjakan haji untuk mereka sekiranya mereka belum sempat mengerjakannya sewaktu masih hidup sekiranya mampu dan mempunyai biaya yang cukup untuk laksanakan.

langsaikan hutang mereka dengan manusia, apa dia?jika mereka berhutang tidak kiralah dengan siapakah mereka berhutang langsaikannya supaya segala ibadah mereka sampai kepada allah"sesungguhnya ibadah orang yang berhutang itu tergantung dan akan sampai kepada allah apabila hutangnya itu di jelaskan (mafhum hadis)
 memohon maaf bagi pihak mereka jika sewaktu mereka hidup dahulu pernah bermusuhan sesama jiran tetangga adik beradik dan sebagainya satukan semula silaturrahim yang telah terputus supaya mereka dapat bersemadi dengan tenang di alam kubur.

lakukan seperti ini supaya bila kita mati anak kita pula akan melakukannya kembali pada kita

mahukan suami yang soleh pastikan dulu kita menjadi isteri solehah
mahukan isteri yang solehah pastikan dulu kita menjadi suami yang soleh 
mahukan anak yang soleh dan solehah pastikan dulu kita menjadi ibu bapa yang soleh/solehah.
mahukan anak yang soleh dan solehah pastikan sewaktu dengan ibu bapa sekarang kita adalah anak yang soleh/solehah jika tidak jangan bermimpi.

penutup tazkirah anak soleh/solehah
sabda rasullulah''sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu syurga.begitulah juga pada waktu petang.tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredhai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka''.

WALLAHU'A'LAM

JOM JADI ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

:)

  السلام عليكم ورحمة الله

Sunday, August 21, 2011

ENAM TEMPAT DIBOLEHKAN MENGUMPAT.


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



  السلام عليكم ورحمة الله

BAHAYA MENGUMPAT


BAHAYA MENGUMPAT

2 PERKARA ORANG MENGUMPAT AKAN DAPAT.

1.DOSA ORANG YANG DIUMPAT ITU AKAN DITANGGUNG OLEH PENGUMPAT.

2.PAHALA ORANG YANG MENGUMPAT PERGI KEPADA MEREKA YANG DI UMPAT.

DI UMPAMAKAN OLEH ALLAH AKAN ORANG YANG MENGUMPAT IALAH SEPERTI MEMAKAN BANGKAI SAUDARANYA SENDIRI.
 CONTOH :KALAU DIA ITU JAHAT SEBAB MAKAN RASUAH TETAPI ORANG YANG MENGUMPATNYA LAGI JAHAT SEBAB MAKAN BANGKAI SAUDARA SENDIRI.

SELAIN PADA 6 KETOGERI YANG DI BAWAH INI MAKA ITU MENGUMPAT YANG BERDOSA DAN HARUS MEMINTA MAAF KEPADA ORANG YANG DIUMPAT TERSEBUT SEBELUM MATI SUPAYA SEGALA IBADAH KITA DITERIMA ALLAH.


BERITA GEMBIRA UNTUK KAKI MENGUMPAT

:thumbsup:
NAK BUAT MACAM MANE SEJAK DALAM PERUT MAKNYE PON DAH SUKA NGUMPAT :DJADI TERBAWA-BAWA SIKAP TU SAMPAI KE..TUA JADI TAK PE TERUSKAN MENGUMPAT YANG PENTING TIDAK LARI DARI 6 KETOGERI MENGUMPAT YANG DI BAWAH INI.

ENAM TEMPAT DIBOLEHKAN MENGUMPAT.

1.MENGUMPAT ORANG YANG DIUMPAT OLEH ALLAH.

SEPERTI MENGUMPAT PADA FIRAUN,PADA SYAITAN IBLIS DAJJAL,ABU LAHAB DAN SEMUA NAMA-NAMA YANG ALLAH S.W.T LAKNATKAN DIDALAM AL-QURAN.

2.MENGUMPAT UNTUK MENUNTUT HAK.

SEPERTI MENGUMPAT DI MAHKAMAH MENCERITAKAN KEBURUKAN SESEORANG DENGAN TUJUAN MENUNTUT HAK DAN BUKAN MEMBURUKKAN ORANG TERSEBUT .

3.MENGUMPAT MENGADU MASALAH.

SEPERTI DI PADA NOMBOR 2 JUGA CONTOHNYA SEORANG ISTERI YANG MENGADU MASALAH PADA QODI/HAKIM/POLIS YANG SUAMINYA TAK BAGI NAFQAH.(BUKAN MENGADU MASALAH PADA ORANG YANG TIDAK LAYAK SEPERTI SEMBANG DI KEDAI KOPI DAN SEBAGINYA)

4.MENGUMPAT PADA ORANG JAHAT YANG UMUM MEMANG ORANG TAHU DIA ORANG JAHAT.

SEPERTI MENGUMPAT PADA SEORANG PEROMPAK, PEMBUNUH,DAN SEBAGAINYA YANG SEMEMANGNYE RAMAI ORANG TAHU AKAN KEZALIMAN/KEJAHATANNYA.(BUKAN YANG TIDAK UMUM YE)

5.MENGUMPAT YANG UMUM .

MAKSUDNYA MENGUMPAT YANG TAK DISEBUT NAMA ORANG YANG DIUMPAT ATAU APA SAHAJA YANG MEMBUATKAN ORANG BOLEH KENAL SIAPAKAH ORANG YANG KITA UMPATKAN ITU.

6.MENGUMPAT UNTUK MENINGGIKAN AGAMA.

CONTOH DIALOG:''JANGAN SOLAT MACAM TU SALAH CARA DIA SOLAT TU TAKDE TOMAKNINAH/RUKUNNYE TAK BETUL SALAH CARA DIA SOLAT TU ,,INI MENGUMPAT TUJUAN MENGAJARKAN ILMU AGAMA MAKA DI BOLEHKAN.

UNTUK FITNAH ,MEMAKI HAMUN TIDAK ADA DALIL UNTUK MEMBOLEHKAN KITA MELAKUKANNYA YANG ADA CUMA MENGUMPAT.

INFO: BOLEH RUJUK DIDALAM KITAB TASAUF YANG BERTAJUK "PENAWAR BAGI HATI,,BERKENAAN TEMPAT-TEMPAT DIBOLEHKAN MENGUMPAT.

MUDAH-MUDAHAN DAPAT MANFAAT BERSAMA

JOM KONGSI ILMU 

:)

WALLAHUA'LAM

Friday, August 19, 2011

BLOG SAYA DI HACK???

SALAM .....


saye tak tahu apa dah jadi dengan saye punye blog mula2 kotak follower hilang lepas tu jap ade jap hilang pening kepala memikir macm mane nak buat tak lama lepas tu tak boleh masuk login pulak katenye posword salah. mustahil saya silap posword sebab hari2 sye buka boleh tak lame selang beberape jam da tak boleh buke..

alhamdulilah sekarang dah ok entah lah same ade kesilapan teknikal atau ada pihak yang cuba mensabotaj maklum lah blog saye banyak mengulaskan isu 2 agama mungkin ade pihak yang tak suke...bla.bla bla...wat ever  sekarang dah ok..

akhir kate pada yang da folow saye dan minta saye folow balik minta maaf ye lambat sebab2 masaalah ni satu yang kedua sesetengah follower kat profile korang takde link ke blog korang yang ade blog yang korang folow je jadi susah la nak folow balik jadi seting la balik profile tu ye... ok 
:)
salam ramadhan dan selamat ber puasa
 asalamualaikum

Wednesday, August 17, 2011

BENCANA KERANA MENOLAK PERATURAN ALLAH

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

  السلام عليكم ورحمة الله

HURAIAN KITAB
IHFAZILLAH YAHFAZAKA

(PELIHARALAH ALLAH NESCAYA ALLAH PELIHARA KAMU)
(MUKA SURAT 146)
KENAPA MANUSIA MENDAPAT BENCANA?

APA AKAN JADI PADA MANUSIA YANG TIDAK MAHU MENGIKUT PERATURAN ALLAH?

APAKAH KEAJAIBAN YANG AKAN DIPEROLEHI BILA KITA MENGIKUT SEGALA HUKUM ALLAH DAN MENINGGAL SEGALA LARANGANNYA?

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN KAMU JAGA ALLAH ,ALLAH AKAN JAGA KAMU?

BERAPAKAH JENIS PERTOLONGAN YANG KITA AKAN DAPAT BILA MENGIKUT HUKUM ALLAH?

KENAPA MANUSIA BOLEH MENJADI ENGKAR KEPADA PERINTAH ALLAH?

APAKAH DIA NIKAH KHITTOB/NIKAH GANTUNG?(PENTING)

APA AKAN TERJADI PADA MEREKA YANG BERCINTA SEBELUM BERKAHWIN YANG TIDAK MENGIKUT PERATURAN ALLAH SEMASA BERCINTA SUDAH BERPEGANGAN TANGAN DAN SEBAGAINYA PADA KETIKA MASIH BELUM ADA IKATAN YANG SAH DISISI SYARAK APAKAH AKAN TERJADI PADA MEREKA SELEPAS BERKAHWIN?(PENTING)

NAK TAHU JAWAPAN ?

JOM DENGAR
oleh ust kazim elias
Kesimpulan ringkas kuliah diatas:
Sesiapa yang bepaling dari mengikut hukum allah nescaya allah akan menjadikan kehidupan didunianya sempit.
sentiasa dalam keluh kesah dan derita hati tidak pernah tenang bermacam masalah selepas masalah yang datang.
ABDULLAH BIN ABBAS BERKATA:
Suatu hari saya ada di belakang nabi saw maka nabi berkata wahai anak kecil sesungguhnya aku hendak mengajar kamu berberapa pelajaran ,peliharalah allah (yakni dengan melaksanakan semua perintahnya dan meninggalkan semua larangannya)nescaya allah akan memelihara kamu,peliharalah allah nescaya allah akan mendapatkannya dihadapan kamu kalau kamu memohon sesuatu maka pohonlah pada allah dan jika kamu ingin minta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada allah,ketahuilah bahawa apabila umat ini berhimpun untuk memberi sesuatu kebaikan kepada kamu nescaya mereka tidak boleh memberi  kebaikan kepada kamu kecuali apa yang telah allah tetapkan kepada kamu dan apabila mereka berhimpun untuk memberi sesuatukemudaratan(kecelakaan)
kepada kamu nescaya mereka tidak akan boleh memberi sesuatu kemudaratan kepada kamu kecuali apa yang allah s.w.t tetapkan kepada kamu,pena-pena telah di angkat dan lebaran lebaran amal perbuatan telah kering.

RIWAYAT IMAM AT-TARMIZI DAN IMAM AHMAD
Dalam musnaf imam ahmad menambah sesungguhnya kemenangan itu adalah bersama kesabaran,kesenangan itu adalah bersama kesabaran,kesenangan itu bersama penderitaan,dan sesunggunya bersama kesusahan adalah kemudahan
info hadis:
(hadis ini ketika abdullah bin abbas masih kecil sewaktu mengikut rasulalallah menaiki unta di belakang nabi s.a.w) 

MUDAH-MUDAHAN DAPAT MANFAAT BERSAMA
..AMIN..
..nak tahu lebih lanjut dengar sampai habis..
jom dengar
:)
WALLAHU'A'LAM

Tuesday, August 16, 2011

MOTIVASI MENYINARKAN IMAN


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله

MOTIVASI IMAN


MAFHUM HADIS

NABI BERSABDA:
TIDAK AKAN BERZINA SEORANG YANG BERZINA KETIKA SAAT DIA INGIN MELAKUKAN ZINA ADA IMAN DI HATINYA DAN TIDAK AKAN MEMINUM ARAK SESEORANG YANG INGIN MEMINUM ARAK KETIKA SAAT DIA INGIN MEMINUM ARAK PADA KETIKA HATINYA ADA IMAN.

HURAIAN RINGKAS HADIS INI:
MERUJUK HADIS DIATAS BERMAKSUD JIKA  BETUL SEORANG ITU BENAR BERIMAN MAKA TIDAK BERANI MELAKUKAN DOSA KERANA SENTIASA RASA DIPERHATIKAN  ALLAH DI DALAM ISTILAH ILMU TASAUF DI SEBUT SEBAGAI MUQARROBAH. 

CUBA KIASKAN HADIS INI DENGAN PERBUATAN KITA YANG LAIN CONTOH:

TIDAK AKAN MENCURI-CURI MAKAN DISIANG HARI DI BULAN PUASA INI PADA KETIKA HATINYA MENYEDARI YANG ALLAH MELIHAT APA YANG DILAKUKAN.

TIDAK AKAN MENINGGALKAN SOLAT KETIKA DIA MENYEDARI YANG ALLAH MENGETAHUI PERBUATANNYA ITU.

TIDAK AKAN MENGUMPAT SESEORANG ITU KEPADA ORANG LAIN TATKALA DIA MENGETAHUI YANG APA YANG DICAKAP/TULIS ITU AKAN DICATAT OLEH MALIKAT DAN AKAN DIPERSOAALKAN DI HADAPAN ALLAH KELAK.#P.

TIDAK AKAN MEMFITNAH SESEORANG ITU TERHADAP SAUDARANYA YANG LAIN PADA KETIKA DIA SEDAR YANG MEMFITNAH DOSA YANG LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH DAN AKAN DI BAKAR DALAM NERAKA ALLAH AKIBAT FITNAH ITU.

TIDAK AKAN MENCURI SESEORANG YANG INGIN MENCURI KETIKA DIA MENYEDARI YANG TANGAN-TANGAN DAN SELURUH ANGGOTANYA YANG LAIN AKAN MEBUAT PENGAKUAN DIHADAPAN ALLAH ATAS PERBUATANNYA ITU. 

#P.MENGUMPAT DAN FITNAH ITU BUKAN SEKADAR BERCAKAP TETAPI MENULIS ARTIKEL YANG MEMBURUKKAN SESEORANG DIBLOG ATAU DIMANA JUGA SESUATU UMPATAN DAN TIDAK TERLEPAS DARI DOSA MENGUMPAT OLEH ITU HATI-HATI BLOGGER SEKALIAN DALAM MENULIS ARTIKAL DIBLOG DAN SEBAGAINYA SEMOGA KITA TERSELAMAT DARI DOSA MENGUMPAT DAN FITNAH.
(SEKADAR PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA DAN ANDA).

MUDAH-MUDAHAN MOTIVASI INI AKAN LEBIH MENYINARI IMAN KITA DAN SEGALA AMAL IBADAT KITA DITERIMA ALLAH S.W.T.

JOM SINARI IMAN

:)

ASALAMUALAIKUM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...