Subscribe:

PENGHARAMAN TAJUL MULUK... !!!(rahsia tarikh lahir itu mengarut)

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


  السلام عليكم ورحمة الله

(tajul muluk)
(mahkota bagi raja-raja)


 Sebenarnya, sejak tahun 2007 lagi JAKIM telah mengharamkan kitab ini.

 Antara ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah:Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada AllahS.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat90 yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhaladan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor(keji) dari perbuatan syaitan,oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semogakamu berjaya"

.Oleh itu , hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu tersebut memberi manfaat kepada diri di dunia dan diakhirat.Sila klik JAKIM untuk info ini.

Salam sejahtera pada semua tajuk di atas mungkin membuatkan sesetengah orang tidak berberapa setuju tapi anda harus terima kenyataan saya terlintas untuk menulis tajuk ni bila saya terjumpa satu artikal yang ditulis diblog mengenai KITAB TAJUL MULUK MENGANCAM AQIDAH kerana saya(penulis) ada memiliki kitab ini versi jawi lama yang menceritakan tentang ilmu tilik melalui tarikh lahir,bentuk kening tapak tangan,mengenali personaliti baik dan buruk seseorang dan tentang berberapa ilmu perubatan dan reka bentuk rajah  azimat-azimat yang meragukan kaedahnya dan bermacam-macam lagi.

Anda boleh merujuk disini untuk mengetahui asal usul  tajul muluk klik sini:  ( TAJUL MULUK )

petikan rahsia tarikh lahir
Wanita yang lahir pada hari khamis, merupakan wanita yang suka menyinggung hati orang lain. Cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Begitu juga dengan sifat fizikal, Wanita yang bibirnya selalu terbuka amatlah kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.


Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.(petikan tajul muluk)

Cuba bayangkan, andainya seseorang lelaki beristerikan atau bertunang dengan wanita yang lahir pada hari khamis , dan memiliki sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal seperti di atas. Bayangkan juga, si lelaki atau suami itu pula buta agama dan mandul akal. tiba- tiba si suami pula dia mempelajari kitab ini. Pasti sahaja, si suami atau si tunang itu akan mula merasa sangsi dan mencurigai isterinya itu. Keadaan akan semakin parah, andainya ditakdirkan si isteri itu memiliki sekelumit akhlak yang tidak elok seperti mana yang diramalkan oleh kitab ini. Tentu sahaja, ia akan meruntuhkan kerukunan rumah tangga yang di bina.

jangan anda buat sebarang hukum selagi anda tidak mendengar kesemua video di bawah ini
oleh ust kazim elias

Rahsia tarikh lahir itu mengarut
oleh dr .mohd asri


ust zaharuddin abd rahman

jangan melakukan kesyirikan dan bersekongkol dengan mereka yang melakukan kesyirikan sama ada dengan jalan yang jelas atau dengan jalan yang samar-samar kerana dosa syirik itu adalah dosa yang paling besar dari segala dosa ilmu menilik melalui tarikh lahir adalah salah satu daripada kesyirikan kerana allah berfirman di dalam alquran'' yang mengetahui benda didalam rahim itu adalah allah,,yang mengetahui segala yang ghaib itu ialah allah sahaja,,.

manusia tidak boleh meramal nasibnya manusia tidak boleh tahu tidak boleh di nilai melalui tarikh lahirnya melalui tahi lalatnya dan sebagainya tidak kiralah siapakah orang yang menceritakan itu sama ada dia pakar motivasi  atau ustaz sekali pon.....

sekarang ini rahsia tarikh lahir dah tersebar luas di laman web di blog di facebook dan sebagainya dan ramai orang mempercayainya dan sanggup menghabiskan beri-ribu ringgit hanya untuk memasuki kursus-kursus seperti ini dan membuatkan orang mempercayainya lagi ialah kerana mereka yang mengajar rahsia tarikh lahir ini ialah pakar motivasi dan orang-orang terkenal yang keluar di tv akhbar-akhbar dan sebagainya .

(sy tidak maksudkan pada mana2 pihak jangan salah faham)


boikot rahsia tarikh lahir supaya kita tidak bersekongkol dengan perkara syirik

akhir kata maafkan saya kalau ada pihak yang tidak bersetuju saya tetap berkata yang benar walau tidak di sukai jika ia melibatkan hukum allah ..
sekian salam ukhuwah
:)
asalamualaikum

4 komen dan kongsi ilmu di sini:

CikGu Ma said...

tajul muluk ikut hukum tuhan dah cukup sempurna...ibdah seikhlasnya, syukur dengan nikmatnya...jadi, bila pun kita dilahirkan bukan penentu sikap dan sifat kita...

nazira said...

Nice sharing.. thankz..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Azmi Khan said...

Tarikh lahir dan bulan lahir bukan penentu sikap seseorg. satu lg 2 yg bab bintang 2 pun sama gak la 2. boleh menyebabkan syirik dan amalan pun x diterima.....

cuba baca nie bg yg minat dgn ramalan bintang....
http://nurulimankehidupan.blogspot.com/2011/01/baca-horoskop-solat-tidak-diterima-40.html

akram musafir said...

alhamdulillah perkongsian ilmu yang bagus:)

Post a Comment

LIHATLAH KEKEJAMAN YAHUDI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN LINK ANDA